Sunday, 20 April 2014

CARA MAKAN VITAMIN YANG BETUL

Cara Pengambilan Vitamin Shaklee - General

Biasanya max intake ada tulis di botol vitamin. Tapi dosage boleh disuaikan mengikut keperluan customer.
Mostly vitamin tak kisah ambil pada bila-bila waktu asalkan lepas makan dan tak bertembung dengan vitamin tertentu. Kecuali ada certain sahaja yang memang kita suggest ambil waktu2 tertentu.
Untuk vitamin yang sama, cara pengambilan mungkin berbeza bagi setiap kes. 

Di bawah adalah general guide pengambilan Supplement Shaklee. Boleh tukar ikut kesesuaian.

1.   Sustained Release Vitamin C 500mg - 1 biji after meal, kecuali untuk orang yg sakit teruk, perokok, resdung teruk boleh suggest 2 biji setiap hari. Kalau demam pun boleh amek 2 biji, patah dua supaya cepat diserap oleh badan. 
2.   Chewable Vita-C Plus 100mg - After Meal. Kanak-kanak: 1 biji sehari, Dewasa: 3-5 biji sehari.
3.    BComplex - 1 biji after meal (After breakfast / lunch sbb vitamin ni memberi tenaga). Kalau tgh under lots of stress, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi & 1 biji tghari. Maximum pengambilan 4 biji sehari. Kanak-kanak umur 9 tahun ke atas dah boleh ambil BComplex 1 biji sehari sahaja sebab pelajar sangat-sangat memerlukan BCompleks ni.
4.   Vitalea - 1 biji after meal. Boleh ambil 2 biji untuk org yg ade masalah HB rendah, atau kurang darah. Tak boleh ambil bersama Vitamin E, GLA, susu/Ostematrix/kalsium pada masa yang sama kerana akan menghalang penyerapan iron.
5.   Alfalfa - Max intake 10 biji sehari after meal. Untuk ibu menyusu boleh suggest 2-3 biji sahaja setiap hari. Jika susu masih kurang dan untuk boost susu, tambah 1 biji setiap kali selepas pam. Lepas tu tambahkan sikit-sikit. Untuk kegunaan biasa, 2-3 biji sehari dah cukup. Untuk Set Diet boleh ambil 10 biji sehari. 
6.   ESP - Max 3 sudu besar sehari. Boleh bancuh dgn apa2 minuman macam susu / milo / jus. Jangan guna air panas sebab protein rosak dalam high temperature. Untuk ibu mengandung dan menyusu, 1-2 sudu besar sehari dah cukup. Untuk kanak-kanak, setengah atau 1 sudu besar sahaja. 
7.   Ostematrix - 2-4 biji sebelum tidur malam. Ini kerana masa tidur adalah masa paling lama kalsium boleh ada dlm badan. Biasanya, 2 biji sehari dah mencukupi. Tapi kalau orang yang langsung tak minum susu, boleh ambil 4 biji. Bagi yang ada sakit pinggang / belakang yang teruk boleh juga ambil 4 biji untuk hilangkan kesakitan tu. 
8.   Vitamin E - 1 biji after meal. Tak boleh ambil dengan dengan Vitalea, Alfafa, dan GLA pada masa yang sama kerana mengganggu penyerapan Vitamin E. 
9.   Nutriferon - 1-2 sachet seminggu untuk tingkatkan imunisasi. Atau boleh ambil bila perlu sahaja ketika sakit, demam, iaitu 1 sachet pagi dan 1 sachet malam hingga sembuh. 
10.  Meal Shakes - Dewasa: 1-2 sudu besar sehari. Kanak-kanak kecil: Setengah sudu teh. Kanak2 lebih besar: 1 sudu teh sehari. Bancuh dlm apa2 minuman sejuk/suam sahaja sebab protein rosak dalam temperature panas.
11.   Performance Drink - Boleh ambil berapa banyak dan bila-bila masa. Ia macam air isotonik 100 Plus. Untuk bulan puasa, boleh ambil 1 sudu besar masa sahur dan 1 sudu besar masa berbuka. 
12.  Vivix - 1 sudu teh sebelum tidur / selepas breaskfast
13.   Advance Joint Health Tablet - 2 biji sehari after meal. (1 biji after breaskfast & dinner)
14.   Lecithin - Untuk slimming: 6 biji sehari after meal (3 biji after lunch & dinner. Atau 2 biji after  breakfast, lunch & dinner). Untuk kecerdasan otak, rambut yg cantik dll : 1-2 biji sehari. Untuk  kanak-kanak 9 tahun ke atas dah boleh ambil 1 biji lecithin utk perkembangan otak. Boleh ambil  bersama OmegaGuard juga.
15.  GLA Complex - 1-2 biji sehari. 1 biji setiap selepas meal.
16.  Omega Guard - Ibu hamil / menyusu : 1 biji sehari after meal; Orang biasa atau  yang nak slim: 3 biji sehari; Kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 1 biji 2-3 kali seminggu;  Kanak-kanak yg lebih besar: 1 biji sehari.
17.   Zinc - 1 biji before or after meal.
18.   Collagen Powder - 1 sachet daily sebelum tidur malam
19.   Herb Lax - 2-4 biji, 2-3 kali seminggu sebelum tidur malam.
20.   DTX Complex - 1-2 biji sehari after meal
21.   Garlic - 2 biji sehari after meal.
Jadual khas untuk setiap set akan diberikan kepada specific pelanggan.




FAKTOR KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

Ada sesetengah pelanggan yang beri feedback yg mereka tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin. Kenapa tu?? Jom kita check senarai semak dan pantang larang ini!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.
Untuk mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari. Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
·    Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
·Pesakit talasemia: Vitalea

·  Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
·       Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Dah tahu apa sebab anda rasa vitamin yg anda makan tak berkesan? So jom ubah cara pemakanan dan pengambilan vitamin yg betul. Pastikan anda juga tahu pantang larang pengambilan vitamin-vitamin ini. konsultasi percuma untuk pelanggan saya shj.

No comments:

Post a Comment